Salam semua dan rasanya belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua Muslimin & Muslimah tidak kira di mana jua berada...
Akhirnya, pada tanggal 18 September 2010 selamat & berakhirlah kembaraku di Thailand & Kemboja. Tepat 5.15 pagi aku sampai di Puduraya, Kuala Lumpur...Lega rasanya dh berada di tempat sendiri.... Betul la kata orang tua-tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri......
Kembaraku selama 9 hari banyak memberi pelbagai pengalaman yang tak dapat dilupakan... Memori yang amat manis bagi tahun ini...Pelbagai rintangan syukur alhamdulillah berjaya dilepasi...Mula2 takut gak, yelah ini kan pertama kali backpackers kan.... Lama2 seronok gak kembara macam nie...
Cuma satu la pesanan, kalau nak kembara macam nie, kena banyak buat survey dulu kat internet... Kalau tak buat survey, gerenti kita akan lost, terkial2... Setidak2nya kita boleh elakkan dpd ditipu oleh orang yang ingin ambil kesempatan kan....
Insyaallah, di entry yang akan datang, akan aku kongsikan serba sedikit cerita sepanjang pengembaraanku....

No comments:
Post a Comment