Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 16, 2010

Kembara Ke Thailand & Kemboja - Part 1

Haiii....Salam semua...lama dah tak update blog....tak sempat...nie tengah ada masa sket update la gak...Shahrul & adik aku dok bising je tak update blog..... So kali nie aku nak share la kembaraku ke Thailand & Kemboja bulan lepas.....

09 September 2010 (Khamis)
Bertolak dari rumah dalam pukul 9 lebih menuju ke Terminal Bas sementara di Bukit Jalil... Bas dijadualkan bertolak dalam pukul 11 malam. Sampai je di terminal, terus ke kaunter bas Konsortium. Akak kat kaunter tue suruh tunggu je pengumuman nak naik bas kat mane....
Nak dekat kul 11mlm, terdengar pengumuman bas ke Hat Yai naik di Platform 1. Bas double decker, aku & adik duduk tingkat atas, tempat duduk 2 dari depan..okla, boleh la nampak pemandangan... Best gak duduk kat atas nie...Setiap sorang diberikan selimut...

Tepat pukul 11mlm, bas bergerak meninggalkan terminal. Kitaorang memang tertido sepanjang perjalanan...Ada gak terbangun sekejap2, hujan gak malam tue sepanjang perjalanan...
10 September 2010 (Jumaat)
Sampai di Bukit Kayu Hitam tepat pukul 6 pagi, pihak bas kutip semua paspot penumpang...Dorang tolong isikan borang masuk / keluar Imigresen... Turun gak la cuci muka & buang apa yang patut...kheeee....Ramai benar manusia, tak minum pun kat sini bab tengok kedai Non Muslim... So makan aje la bekal yang dibawa, roti & serunding....

Ada money changer kat sini, try gak tengok rate, mahalnya... RM100 = 980Baht. Hari tu aku tukar kat Masjid India pun dapat RM100.14 = 1000Baht. Kira banyak gak la bezanya kan.. Kat sini ada kedai makan (Non Muslim), Agen Insurans Kereta ke Thailand, Kaunter teksi ke Hat Yai, Booking & Selling Voucher Hotel & kedai runcit. Tempat nie memang tempat perhentian / persinggahan bas, kira2 boleh menempatkan 10 buah bas dalam satu2 masa la.

Dah settle urusan borang, bas pun bergerak dalam pukul 7.25 pagi. Dari corong radio, berkemundang Takbir Raya.... Jalan sesak ke arah sempadan....Tak larat nak tunggu kesesakan, pemandu bas bawa la ke Kedai Bebas Cukai...Beli coklat aje buat alas perut...Lebih kurang dalam 15-20 minit kemudian bas pun bergerak semula ke arah sempadan...Masih sesak lagi....Jalan nak masuk Malaysia lengang tue.....

Dalam pukul 9.30 pagi baru dapat cop keluar Imigresen Malaysia...Korang bayangkan dari pukul 7.25, pukul 9.30 baru lepas Imigresen Malaysia...Tunggu penumpang2 lain, dalam pukul 10.20 pagi baru bergerak menuju ke Imigresen Thailand lak. Nak sampai ke Imigresen Thailand lagi haru, ada la dalam sejam bas tak bergerak langsung....Ramai benar rakyat Malaysia nak masuk Thailand..

Lepas Kompleks Imigresen Malaysia, belah kanan nampak Kem Rejimen Sempadan 'Kem Bukit Kayu Hitam'. Belah kiri lak, ada kedai bebas cukai, Duty Free Shopping Golf Course & The Zon Duty Free Complex...Beberapa meter dari situ, kena berhenti untuk pemeriksaan polis, check kad pendaftaran kenderaan...Keadaan sesak makin teruk, polis tak dapat kawal keadaan lalulintas... Dah la cuaca panas bangat....Dalam bas aircond pun berpeluh... Sabar aje la..Driver bas pun asyik membebel je kat bawah, yalah dia kan penat...Seharian dah bawa bas, kalau aku pun leh hangat gak hati.

Mula nampak signboard, welcome to Thailand, Boundary Post Sadao Customs House....


Dalam pukul 12.45 tengahari baru turun di Imigresen Thailand...Manusia toksah cerita la, memang ramai. Berhimpit2, bergesel2, bertolak2 berebut nak dapatkan cop masuk Imigresen Thailand. Lenguh kaki, lebih kurang dalam pukul 3 petang baru lepas urusan cop mengecop nie....Berpeluh benar ketiak aku....Terpaksa la bagi RM1 kat pegawai Imigresen Thailand, kalau tak jenuh la ko tunggu kat depan dia buat tak tahu je...Buncitla perut pegawai tue...Ada yang bagi RM2, RM3, RM10 pun ada yang bagi....

Lepas bersesak2, mula la rasa dahaga, cari la kedai nak beli air..Dahaga siot....Beli Coke 2 tin, air mineral 1 botol, aku tanya makcik tu berapa dia jawab lak dalam Bahasa Thai...Hah, amik ko, ternganga aku...Dia dok ulang lagi, aku pun tunjuk bahasa isyarat...Last2 makcik tu kata Bahasa Melayu.....Cheh....leh cakap Melayu rupanya...Terkekeh2 la kitaorg gelak...Makcik tu kata nape tak cakap Melayu aje tadi, aku pun tak terfikir la plak kan....Kheeeee....Semua rega air tadi dalam 50B (RM5), air mineral Nestle tue....

Perghhh....banyak masa terbuang kat sempadan. Pukul 3.30 petang baru bergerak menuju ke Hat Yai... Jalan memang lengang giler....Laju driver tu bawa bas, cantik tue jalan kat Thailand nie....Kadang2 terlambung gak dek kelajuan + bas double decker....

Sampai2 je kat Hat Yai, bas berhenti betul2 depan Lee Garden Plaza.




Kitaorang bersihkan diri kat Lee Garden Plaza. Susah ar kat sini, washroom tak ada paip air..Cam kat Singapore....Then, cari tuk tuk bawa ke Terminal Bas...Jauh gak la terminal bas tu...Sampai2 aje, aku pun terus cari bas ke Bangkok. 1st class bas 900B (RM90), mahal. 2nd class 690B (RM69). Aku cari lagi,last2 aku pilih 2nd class, murah sket. Aku kata la, aku ni Malaysia tengah Raya, duit tak banyak, so nak jimat la....Mamat ni pun terus call sapa ntah, pastu dia kata dia bagi aku rega RM69 utk 1st class bus. Aku tanya betul ke, dia pun terus mengiyakan...Sampai Mo Chit tak, aku tanya lagi, iya gak katanya...Aku pun amik je la...Sorang 690B, Dia kata bas bergerak dalam kul 6, so tunggu je depan kaunter tu...Tak lama kemudian, datang satu tuk tuk, dia pun suruh la naik tuk tuk tue ke tempat bas. Tak jauh sangat pun...

Boleh tahan bas dorang nie, cantik...Memang nampak 1s class...Double decker, siap ada tandas kat bawah, ada LCD TV. Selesa memang selesa....Kalah bas ekspress kat Malaysia...Setiap sorang diberi selimut....

Kenal2 & borak gak dgn penumpang dlm bas nie...3 orang kawan dari Delhi, saja jalan2 makan angin. Dorang pun dari Bukit Kayu Hitam gak, borak dgn pakcik ni, bisnesman katanya. Dia sorang je bleh cakap omputeh, kawan dia bagi RM50 kat Imigresen Thailand...Aku tanya la, tambang bas dia berapa, dia kata dia kena charge 700B (RM70), ermmm beza singgit la....

Aku pun amik gambar la ngan adik aku...Pakcik tu pun tanya berapa rega aku beli kamera....Aku kata la nak dekat RM1000, dh lama dh kamera ni tahun 2008 dulu...Dia kata la kat Bangkok kamera macam ni leh dapat rega murah dalam RM200 - RM500 cam2 la...LCD TV pun murah katanya lebih kurang dalam RM300 - RM600, leh cari kat Pratunam...

Lepas Bangkok nanti, dia nak ke Pattaya plak, nak g berurut katanya...Kat Bangkok tukang urut tua2, kalau kat Pattaya muda belia....Gatal gak pakcik nie....Nak dekat pukul 7, tak bergerak lagi bas ni, pakcik Delhi tu mula la membebel....

Ada la 1 couple tu turun, aku pun turun la dari bas...Borak2, dari Jepun couple tue...Dorang kena tambang bas 720B sorang.....Pelik kan, tambang bas tak sama....Nasib baik la aku dapat tambang murah...So kena pandai tawar menawar la dengan orang Thailand nie...

Hujan plak turun, bas bergerak dalam pukul 7 lebih...Ada la berhenti amik orang & isi minyak....Berhenti dalam kul 10mlm(time Thailand k - lambat 1 jam dari Malaysia) untuk makan... Kitaorang tak makan pun, tak halal...Perut memang berbunyi2 lapar dah...Yalah tak makan apa2 dari pagi tadi, makan nasi time berbuka je sebelumnya...Kedai Muslim kat Hat Yai tutup, kan raya... So makan la roti ngan serunding aje...

Berhenti dalam 30 minit, perjalanan pun diteruskan....Perjalanan dari Hat Yai ke Bangkok amik masa dalam 12 jam.....Jauh tu, Hat Yai kan belah selatan Thailand, Bangkok plak belah atas Thailand..... Tidur aje la sepanjang perjalanan....Atas bas je seharian, penat dah buntut aku nie dok atas bas je memanjang.......Daripada KL - Hat Yai 17 jam setengah + Hat Yai - Bangkok 12 jam... Korang bayangkan 29 jam atas bas.....Besa la nama pun backpack kan....Lumrah pengembaraan......

No comments:

Post a Comment