
" Inilah wang menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya tahun ini kerana Allah "
Sekadar untuk renungan bersama :
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
- Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal
Tinggal 2 hari lg menjelang lebaran....Menghitung hari detik demi detik...Berdebar aje aku nih menanti malam esok... Ya Allah permudahkan & berkati serta lindungi segala urusan dan sepanjang perjalananku nanti... Aminnn....

No comments:
Post a Comment